Sunday, November 27, 2016

c) Cabaran Yang Dihadapi Yang Menyebabkan Perpaduan Masyarakat Majmuk Sukar Dicapai Pada Peringkat Awal semasa Kedatangan British ?


  • Cabaran utama untuk mengekalkan perpaduan kaum adalah kewujudan sistem pendidikan berbeza . Sistem persekolahan pelbagai aliran hanya akan menambahkan lagi jurang perpaduan kaum. Contohnya, wujudnya sekolah tamil dan sekolah cina yang mengasingkan pelajar India dan Cina .
  • Sektor ekonomi yang berbeza juga menyukarkan perpaduan kaum . Perbezaan sektor ekonomi ini pada mulanya diasaskan oleh dasar penjajahan British di Tanah Melayu .Contohnya, masyarakat Melayu bekerja sebagai petani dan nelayan di kampung, masyarakat Cina pula mewarisi perniagaan secara turun-temurun dan tinggal di bandar manakala masyarakat India bekerja sebagai penoreh getah dan tinggal di estet.
  •  Selain itu, sikap invidu yang terlalu memupuk semangat sesama kaum juga antara cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum .Oleh itu,sikap individu sedemikian hanya menjarakkan lagi jurang perkauman di Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk.Contohnya, individu yang berbangsa Melayu tidak bergaul dengan bangsa Cina dan India kerana merasakan tidak bersefahaman atau sehaluan
                                                                                                                                                                                  Rujukan :http://www.melvister.com/2014/07/cabaran-mengekalkan-perpaduan-kaum-sejarah-pt3-2014.html
 

    No comments:

    Post a Comment