- Penjajahan British merupakan faktor utama terjadinya masyrakat majmuk di Malaysia dan ia juga sebenarnya telah mengakibatkan berlakunya perubahan dalam sejarah pentadbiran negara. Semasa British mentadbir Tanah Melayu, pelbagai cara telah dibuat untuk mengubah sistem pemerintahan kerajaan tradisi kepada pemerintahan bercorak barat. British juga telah memperkenalkan sistem ‘Divide & Rule’ iaitu pecah dan perintah yang mana mereka telah membahagikan kawasan mengikut provinsi tertentu kemudian memerintah kawasan tersebut mengikut cara ‘ kesatuan’.
- Dasar British ini telah menyebabkab ketiga-tiga kaum itu hidup berpisah antara satu sama lain. Melalui Dasar ini juga British telah menentukan peranan setiap untuk tidak berinteraksi antara kaum tersebut. British tidak mahu tiga kaum utama itu bersatu dan seterusnya akan menentang pihak British.
- Tanah Melayu seperti yang kita tahu suatu ketika dahulu merupakan sebuah tempat tumpuan pengembara, pelayar dan juga sebuah pusat perdagangan. Justeru tidak hairanlah Tanah Melayu dahulunya terkenal sebagai sebuah tempat persinggahan dan penempatan bagi orang-orang daripada pelbagai kebudayaan dan asal usul
Sunday, November 20, 2016
b) Bagaimana Masyarakat Majmuk Wujud Di Tanah Melayu ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment