Sunday, November 20, 2016

a) Aapakah Masyarakat Majmuk ?

  •  Masyarakat menurut definisi Kamus Dewan (2005) ialah kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Dalam konteks Malaysia, hubungan harmoni antara pelbagai kumpulan etnik dapat membina sebuah masyarakat Malaysia yang teguh. Masyarakat Malaysia sering disebut sebagai masyarakat majmuk iaitu sebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum yang mengamalkan budaya, agama, bahasa, adat resam dan cara hidup yang tersendiri. 
  •  Malaysia menrupakab sebuah negara majmuk yang aman dan makmur. Keamanan yang dinikmati dan keharmonian hidup pelbagai telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati oleh pelbagai pihak dan dalam kalangan negara-negara lain . 
  • Masyarakat majmuk merujuk kepada beberapa kelompok bangsa atau kaum yang tinggal dalam satu kawasan politik sebagai satu masyarakat , tetapi hidup terpisah kerana mengamalkan cara hidup, adat, kepercayaan yang berbeza dengan bangsa lain. 
  • Masyarakat di Tanah Melayu (Malaysia) pada sekitar kurun ke-19 didominasi oleh dua bangsa yang berbeza selain daripada masyarakat Melayu yang menjadi tuan kepada wilayah Tanah Melayu pada ketika itu iaitu India dan cina.Abad ke-19 adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu bukan sahaja mengalami perubahan politik, tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi. Perubahan politik telah membawa kepada perubahan sosial. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah membawa kepada kedatangan orang Cina dan India ke Tanah  Melayu.      

    Rujukan :   https://ms.wikipedia.org/wiki/Masyarakat_majmuk
                                                                         

No comments:

Post a Comment