Sunday, November 27, 2016

e) Pengetahuan Dan Iktibar / Pembelajaran Yang Perolehi Daripada Peristiwa Kewujudan Masyarakat Majmuk Di Tanah Melayu ?

  •   Tanah Melayu seperti yang kita tahu suatu ketika dahulu merupakan sebuah tempat tumpuan pengembara, pelayar dan juga sebuah pusat perdagangan. Justeru tidak hairanlah Tanah Melayu dahulunya terkenal sebagai sebuah tempat persinggahan dan penempatan bagi orang-orang daripada pelbagai kebudayaan dan asal usul.
  • Rakyat harus menghargai keharmonian yang ada ini sebelum semuanya dirampas dan lenyap begitu sahaja.
  • Perpaduan ini amat penting bagi sesebuah negara untuk membentuk sebuah negara yang maju dan pesat membangun.

Rujukan :  http://abangasyraff.blogspot.my/2014/04/sejarah-kewujudan-masyarakat-majmuk-di.html

d) Terangkan Apakah Harapan Negara Daripada Peristiwa Sejarah Ini ( Kewujudan Masyarakat Majmuk) Di Tanah Air Kita ?

  • Perlu ditegaskan bagi memastikan kesepaduan dan kestabilan dalam hubungan sesama masyarakat, penelitian sejarah salah satu langkah yang penting.
  • Kepentingan Sejarah sesuatu bangsa khususnya yang berteraskan kepada sejarah bangsa pribumi perlu diutamakan dan diberi status dan kedudukan yang utama bagi memantapkan lagi asas pembinaan Negara-Bangsa.
  • Masyarakat Malaysia berkongsi dari segi perayaan , aktiviti kebudayaan dan makanan. Masyarakat Malaysia berkongsi perasaan gembira apabila tiba musim perayaan sesuatu kaum. Contohnya perayaan hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh orang islam turut dirai bersama oleh etnik yang buka beragama islam.

Rujukan:  http://zmsegamat.blogspot.my/2010/06/penjajahan-dan-kewujudan-masyarakat.html

c) Cabaran Yang Dihadapi Yang Menyebabkan Perpaduan Masyarakat Majmuk Sukar Dicapai Pada Peringkat Awal semasa Kedatangan British ?


  • Cabaran utama untuk mengekalkan perpaduan kaum adalah kewujudan sistem pendidikan berbeza . Sistem persekolahan pelbagai aliran hanya akan menambahkan lagi jurang perpaduan kaum. Contohnya, wujudnya sekolah tamil dan sekolah cina yang mengasingkan pelajar India dan Cina .
  • Sektor ekonomi yang berbeza juga menyukarkan perpaduan kaum . Perbezaan sektor ekonomi ini pada mulanya diasaskan oleh dasar penjajahan British di Tanah Melayu .Contohnya, masyarakat Melayu bekerja sebagai petani dan nelayan di kampung, masyarakat Cina pula mewarisi perniagaan secara turun-temurun dan tinggal di bandar manakala masyarakat India bekerja sebagai penoreh getah dan tinggal di estet.
  •  Selain itu, sikap invidu yang terlalu memupuk semangat sesama kaum juga antara cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum .Oleh itu,sikap individu sedemikian hanya menjarakkan lagi jurang perkauman di Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk.Contohnya, individu yang berbangsa Melayu tidak bergaul dengan bangsa Cina dan India kerana merasakan tidak bersefahaman atau sehaluan
                                                                                                                                                                                  Rujukan :http://www.melvister.com/2014/07/cabaran-mengekalkan-perpaduan-kaum-sejarah-pt3-2014.html
 

    Sunday, November 20, 2016

    b) Bagaimana Masyarakat Majmuk Wujud Di Tanah Melayu ?

    •  Penjajahan British merupakan faktor utama terjadinya masyrakat majmuk di Malaysia dan ia  juga sebenarnya telah mengakibatkan berlakunya perubahan dalam sejarah pentadbiran negara. Semasa British mentadbir Tanah Melayu, pelbagai cara telah dibuat untuk mengubah sistem pemerintahan kerajaan tradisi kepada pemerintahan bercorak barat. British juga telah memperkenalkan sistem ‘Divide & Rule’ iaitu pecah dan perintah yang mana mereka telah membahagikan kawasan mengikut provinsi tertentu kemudian memerintah kawasan tersebut mengikut cara ‘ kesatuan’.
    • Dasar British ini telah menyebabkab ketiga-tiga kaum itu hidup berpisah antara satu sama lain. Melalui Dasar ini juga British telah menentukan peranan setiap untuk tidak berinteraksi antara kaum tersebut. British tidak mahu tiga kaum utama itu bersatu dan seterusnya akan menentang pihak British.
    • Tanah Melayu seperti yang kita tahu suatu ketika dahulu merupakan sebuah tempat tumpuan pengembara, pelayar dan juga sebuah pusat perdagangan. Justeru tidak hairanlah Tanah Melayu dahulunya terkenal sebagai sebuah tempat persinggahan dan penempatan bagi orang-orang daripada pelbagai kebudayaan dan asal usul
     Rujukan : http://abangasyraff.blogspot.my/2014/04/sejarah-kewujudan-masyarakat-majmuk-di.html

    a) Aapakah Masyarakat Majmuk ?

    •  Masyarakat menurut definisi Kamus Dewan (2005) ialah kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Dalam konteks Malaysia, hubungan harmoni antara pelbagai kumpulan etnik dapat membina sebuah masyarakat Malaysia yang teguh. Masyarakat Malaysia sering disebut sebagai masyarakat majmuk iaitu sebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum yang mengamalkan budaya, agama, bahasa, adat resam dan cara hidup yang tersendiri. 
    •  Malaysia menrupakab sebuah negara majmuk yang aman dan makmur. Keamanan yang dinikmati dan keharmonian hidup pelbagai telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati oleh pelbagai pihak dan dalam kalangan negara-negara lain . 
    • Masyarakat majmuk merujuk kepada beberapa kelompok bangsa atau kaum yang tinggal dalam satu kawasan politik sebagai satu masyarakat , tetapi hidup terpisah kerana mengamalkan cara hidup, adat, kepercayaan yang berbeza dengan bangsa lain. 
    • Masyarakat di Tanah Melayu (Malaysia) pada sekitar kurun ke-19 didominasi oleh dua bangsa yang berbeza selain daripada masyarakat Melayu yang menjadi tuan kepada wilayah Tanah Melayu pada ketika itu iaitu India dan cina.Abad ke-19 adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu bukan sahaja mengalami perubahan politik, tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi. Perubahan politik telah membawa kepada perubahan sosial. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah membawa kepada kedatangan orang Cina dan India ke Tanah  Melayu.      

      Rujukan :   https://ms.wikipedia.org/wiki/Masyarakat_majmuk
                                                                           

    Sunday, November 13, 2016

    Hasil Pembelajaran Kursus (CLO)

    Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat :

    1. Menyatakan dengan jelas fakta-fakta sejarah Malaysia tentang kemasyarakatan, pembentukan negara institusi pemerintahan, pembangunan sosio-ekonomi dan dasar-dasar Malaysia.

    2. Menerangkan dengan betul fakta-fakta sejarah Malaysia tentang kemasyarakatan pembentukan negara institusi pemerintahan, pembangunan sosio-ekonomi dan dasar-dasar Malaysia.

    3. Menghuraikan  dengan tepat fakta-fakta sejarah Malaysia tentang kemasyarakatan pembentukan negara institusi pemerintahan, pembangunan sosio-ekonomi dan dasar-dasar Malaysia.

    4. Merumuskan  dengan betul fakta-fakta sejarah Malaysia tentang kemasyarakatan pembentukan negara institusi pemerintahan, pembangunan sosio-ekonomi dan dasar-dasar Malaysia.